Social Icons

Thursday 14 February 2013

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG (MENTOR MENTEE)

Khamis 14 Februari 2013 - Program Guru Penyayang ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling SKGB, yang antara objektif adalah untuk membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah, mewujudkan suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.

Semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan bermula 730 pagi.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Ali dan diikuti ucapan ringkas tentang majlis pelancaran program guru penyayang dari pengerusi majlis, Puan Hamidah Binti Abdul Rashid.

Ucapan dan perasmian disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Hajah Ramlah binti Mohamad Noor.  Puan GB mengucapkan syukur dan berterima kasih  kepada semua guru yang telah dilantik secara rasmi  sebagai mentor dan juga guru pembantu yang akan dipertanggungjawabkan menjadi ibubapa angkat kepada murid-murid.

Majlis diteruskan dengan penyerahan fail konsep Guru Penyayang oleh Puan GB kepada setiap mentor.  Mentor akan menngambil mentee (ketua dan penolong ketua kelas) untuk bersama-sama ke pentas menerima fail dan bersalaman dengan Puan GB.  Majlis berjalan lancar dalam suasana meriah.