Social Icons

Tuesday 19 February 2013

PROGRAM MOTIVASI KENAL DIRI

Selasa 19.2.2013 - Program motivasi kenal diri ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK UPSR SKGB.  Majlis bermula jam 8.00 pagi bertempat di surau sekolah yang dihadiri seramai 122 murid tahun 6 iaitu calon UPSR 2013.

Objektif program ini adalah memberi kesedaran tugas dan peranan murid sebagai calon upsr, membina sahsiah dan akhlak pelajar yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat dan juga melahirkan pelajar yang sedar diri, insaf diri dan menukar sikap negatif kepada positif dalam mengejar ilmu di dunia dan di akhirat.

Program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), Puan Hamidah binti Abdul Rashid.  Puan Hajah Norma (bekas guru B&B SK Kompleks Gong Badak) dijemput di dalam program ini.

Program dimulakan dengan zikir munajat dan  seterusnya beliau membangkitkan kesedaran dengan memberikan contoh dan tips kejayaan yang telah dicoretkan oleh pelajar-pelajar yang berjaya.

Semoga program motivasi kali ini akan menyuntik semangat dan keazaman baru dalam diri pelajar calon upsr tahun ini. Insya Allah.