Social Icons

Sunday 27 October 2013

KEM 1M1S 2013

28 September - 29 September 2013 merupakan Kem 1Murid 1Sukan Sekolah Kebangsaan Gong Badak 2013.  Program ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Radina Binti Yunus.

Matlamat Kem 1M1S adalah:

1. Mewujudkan satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan dalam menjalankan aktiviti di sekolah.
2. Membina satu kumpulan PENGGERAK SUKAN dari kalangan murid SK Gong Badak.
3. Membantu murid dalam merancang dan menguruskan kelab sukan di SK Gong Badak.

Objektif Kem 1M1S adalah:

1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui sukan.
3. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Terima kasih kepada Penyelaras, En. Khamarul Azwan Bin Mohd Nawi serta AJK Kem kerana menjayakan Kem 1M1S Sk Gong Badak, 2013 yang mana Kem 1M1S merupakan satu projek yang boleh memberikan manfaat kepada murid-murid SK Gong Badak bagi melengkapkan diri sebagai murid yang memenuhi keperluan Jasmani, Emosi, Rohani dan Inteleks dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Justeru itu, kem ini perlu diteruskan dari masa ke semasa.