Social Icons

Saturday 28 June 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 14 SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK BAGI TAHUN 2014

25 dan 26 Jun 2014, Rabu dan Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 14 bagi tahun 2014. Kejohanan tersebut telah bermula pada hari rabu dengan acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 112.30 tengahari.
Acara seterusnya diteruskan pada hari khamis dengan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 14. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pembarisan rumah sukan. Perbarisan diketuai oleh Adik Izzan Hazim bin Hassin dan diikuti oleh pembawa-pembawa bendera.
Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Adik Izzan Hazim bin Hassin. Acara menaikkan bendera telah dijalankan setelah selesai bacaan ikrar.
Seterusnya, Majlis dirasmikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Majlis diteruskan lagi dengan acara balapan 50 m, 4X50 m, 80 m, 100 m, 200 m dan 4X200 m dari pelbagai kategori.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pembarisan terbaik, hadiah olahragawan dan Olahragawati, rumah sukan terbaik dan cabutan bertuah.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Puan Radina binti Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan berakhir pada jam 1.30 petang.