Social Icons

Tuesday 3 June 2014

BENGKEL PELAKSANAAN RINTIS KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM TALIAN (KKDT) / i-THINK



Pada 24 Mei 2014 (Sabtu) yang lalu, Kursus Pemantapan Profesionalisme Guru atau lebih dikenali Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali kedua telah diadakan di Bilik Galeri Gemilang Sekolah Kebangsaan Gong Badak.  Seawal jam 8.30 pagi guru-guru sudah berkumpul untuk pendaftaran sebelum mengikuti Bengkel Pelaksanaan Rintis Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Talian (KKDT).  Puan Rusmawatey Binti Ramli dari JPNT telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dan seterusnya memberi pencerahan berkenaan Modul i-THINK.

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.  i-THINK membawa maksud innovative THINKing ( Pemikiran Inovatif).

Setelah mengikuti kursus ini adalah diharapkan guru-guru SKGB dapat mengikuti dan menghabiskan semua sukatan yang disarankan sebelum 31 Jun 2014 ini.  Jawatankuasa LADAP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah menghadiri kursus dan memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.