Social Icons

Monday 22 September 2014

PERTANDINGAN DAPUR PANAS

11 September 2014,Khamis - Seramai 24 orang murid, 8 orang guru Pendidikan Khas Integrasi dan 4 orang PPM menyertai Pertandingan Dapur Panas yang dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang bertempat di Garaj Kereta Sekolah kebangsaan Gong Badak.
Pertandingan tersebut bermula pada jam 8 pagi hingga 12.45 tengahari.
Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan dibantu oleh 2 orang guru dan seorang PPM. Peserta dibekalkan dengan 2 bungkus mee dan sedikit ayam serta sayur untuk memasak. Menu berdasarkan bahan yang telah disediakan dan memasak menggunakan kayu api. Pertandingan ini telah diadili oleh guru besar dan semua guru penolong kanan.