Social Icons

Saturday 20 September 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SEKOLAH KEBANGSAAN (P) BUKIT KUDA,KLANG,SELANGOR.

14 September 2014,Ahad- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dilawati oleh Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Kuda,Klang,Selangor.
Lawatan tersebut melibatkan 8 orang guru dan 34 orang murid dari sekolah tersebut. Mereka tiba di SKGB pada jam 10.00 pagi yang bertempat di Bilik Galeri. Kedatangan mereka disambut oleh guru-guru SKGB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Md Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Seterusnya, ucapan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor selaku Guru Besar SKGB. Pn.Rozita binti Razak Guru Penolong Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Kuda,Klang,Selangor.
Antara Objektif ialah:
1. Ingin melawat Pusat Sumber Sekolah
2. Berkongsi maklumat dan pengalaman  antara SK(P) Bukit Kuda dan SKGB
Semoga SK(P) Bukit Kuda mendapat maklumat dan pengalaman sepanjang lawatan penanda aras tersebut.