Social Icons

Tuesday 29 April 2014

PROGRAM TERAPI RENANG DAN SAMBUTAN HARI LAHIR

23 April 2014- Rabu, Kelas Pendidikan Khas Integrasi Gong Badak telah mengadakan Program Terapi Renang dan Sambutan Hari Lahir di Pusat Akuatik Batu Burok dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 35 orang murid, 10 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid terlibat dalam program ini.
Setelah tiba di Pusat Akuatik, semua murid menyalin pakaian dan mengadakan senaman ringan sebelum memulakan terapi renang. Kemudian, murid-murid bersiap sedia ke KFC Batui Burok untuk sambutan hari lahir. Guru Penolong Kana Hal Ehwal Murid, Siti Arbaiyah binti Yusuf dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Radina binti Yunus turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang meyambut hari lahir.


Murid Pendidikan Khas Integrasi

Terapi Renang

Sambutan Hari Jadi


Selamat Hari Lahir Fatah

PK HEM menyampaikan hadiah hari lahir murid PKI

CERAMAH DISIPLIN DIRI

29 April 2014,Selasa- Badan Disiplin dan Pengawas serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Ceramah Disiplin Diri sempena bulan disiplin dan budaya sekolah. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sarjan Azmi bin Haji Ramli dari Bahagian Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak Kuala Terengganu.
Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh Adik Mohd Amirul bin Mohd Saufi dari suruh al-Anbiaq', ayat 1 -20.
Seterusnya, ucapan yang disampaikan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Program diteruskan lagi dengan ucapan Sarjan Azmi bin Hj.Ramli. Beliau banyak menasihati murid supaya menjaga disiplin di sekolah dan di rumah.
Majlis ini berakhir dengan pertandingan kuiz dan seramai 10 orang pemenang memenangi kuiz tersebut.
Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.


Murid Tahun 1-6 Kelas Abu Hurairah dan Abu Darda

Dipengerusikan oleh Pn.Nor Ulfah binti Muda

Bacaan al-Quran oleh Adik Muhammad Amirul

Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor

Ucapan Sarjan Azmi bin Haji Ramli



Monday 21 April 2014

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH MURID

22 April 2014,Selasa- Unit Dispilin dan Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Ceramah Pemantapan Sahsiah Murid bagi tahun 3, 4 dan 5. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis ini dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Anbiya' ayat 11-24 oleh Adik Alif Aiman bin Ahmad Yusri.
Seterusnya, Ucapan oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad selaku Penyelaras Program.
Ceramah Pemantapan Sahsiah Muird oleh Ustaz Khair Al-Lutfi bin Ab Manan, dari Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu.
Ceramah tersebut diselang seli dengan Kuiz Disiplin dan 10 orang murid yang dapat menjawab kuiz tersebut.
Antara objektif program tersebut ialah:
1) Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah
2) Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid
3) Meningkatkan rasa sayang cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan
4) Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.


Ucapan Peyelaras Program Ustaz Syed Emran Faisal

Bacaan Al-Quran oleh Adik Alif Aiman bin Mohd Yusof

Ceramah oleh Ustaz Khair Al-Lutfi bin Ab Manan

Murid tahun 3,4 dan 5

Murid yang dapat menjawab kuiz

Penyampaian Cenderamata dan sijil kepada penceramah


PELANCARAN MINGGU MATEMATIK 2014

21 April 2014,Ahad- Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Gong Badak Kuala Terengganu telah mengadakan Pelancaran Minggu Matematik yang bertemakan "Matematik Sentiasa Cemerlang"
Perasmian ini telah dirasmikan oleh En Mohd Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Gong badak dan diikuti dengan persembahan oleh murid-murid tahun 3 Ibnu Rushd.
Antara objektif ialah:
1)Menggalakkan penyertaan semua pelajar (Tahap 1 dan Tahap 2) dalam semua aktivti yang dijalankan.
2)Menguji kebolehan pelajar dalam penguasaan sifir
3)Menggalakkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan kristis dalam usaha menyelesaikan masalah berkaitan matematik.
4)Mewujudkan persaingan yang positif dalam kalangan pelajar
5)Melahirkan pelajar yang berpotensi dan berkelayakan dalam berkomunikasi.
6)Mewujudkan iklim sekolah yang seronok dan menggembirakan

Dengan adanya minggu matematik ini diharapkan akan memberi suntikan kepada murid untuk lebih  minat dalam mata pelajaran matematik.


Ucapan Ketua Panitia Matematik

Ucapan Perasmian oleh En.Md.Nasir,PK Pentadbiran

Gimik Pelancaran Minggu Matematik

Persembahan Murid tahun 3 Ibnu Rushd

Kuiz Matematik











Tuesday 15 April 2014

MAJLIS TEMU MURNI DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHUN 5 DAN 6 2014

15 April 2014,Selasa- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Temu Murni dan Motivasi Keibubapaan murid tahun 5 dan 6 bagi tahun 2014.

Antara objektif program ini ialah:
a) Memberi peluang kepada ibubapa berjumpa dan berbincang dengan guru tentang perkembangan anak-anak mereka.
b) Membentangkan prestasi murid-murid tahun 5&6

Majlis dipengerusikan oleh Pn.Nor Ulfah binti Muda,Guru Bimbingan dan Kuanseling. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Majlis tersebut diteruskan lagi dengan ucapan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Dan seterusnya penyampaian hadiah kepada murid tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPBS 1 baru-baru ini.
Seterusnya, ceramah motivasi keibubapaan yang telah disampaikan oleh Dr (H) Wan Rozeb bin Wan Salleh, Pengarah Urusan Ummi Motivation,Training & Consultant.
Selesai ceramah motivasi tersebut, ibubapa ke kelas anak masing untuk majlis temu murni.
Majlis ini berakhir pada jam 1.30 petang.

Pendaftaran Ibubapa

Ibubapa yang hadir

Murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang

Dipengerusikan Oleh Puan Nor Ulfah binti Muda

Ucapan Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal

Penyampaian hadiah murid cemerlang

Ceramah Keibubapaan oleh Dr.(H)Wan Rozeb bin Wan Salleh

Sunday 13 April 2014

PROGRAM PROJEK BUMI HIJAU

Program Projek Bumi Hijau telah dilaksanakan setiap selasa minggu pertama dan ketiga setiap bulan di Tapak Perkebunan PPKI SK Gong Badak sepanjang tahun 2014.
Program ini melibatkan 34 orang murid Pendidikan Khas, 10 orang guru dan 14 orang PPM.
Antara objektif program ini diadakan ialah:
a) Melaksanakan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan.
b) Membolehkan murid mengenal jenis-jenis tanaman dan peralatan perkebunan.
c) Murid dapat mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran untuk kehidupan seharian.
d) Memupuk minat rajin bekerja dan menyayangi alam sekitar.
e) Mendidik murid supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.




KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA TERENGGANU 2014

10 April 2014,Khamis, Seramai 6 orang murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Kejohanan tersebut. Kejohanan ini telah berlangsung telah berlangsung di Trek Olahraga Sultan Sulaiman 1. Antara peserta yang menyertai kejohanan ini:
1. Siti Norsuzilawati - acara 100 Meter
2. Mohd Haikal bin Khafzi - acara 100 Meter
3. Norsyamizah binti Ibrahim dan Mohd Hisyam Halimi bin Doramae@sahai
4. Ahmad Rizhan bin Shamri - acara Lontar Peluru
5. Abdul Fatah bin Hasaluddin - acara Khas Sindrom Down Lari 80 Meter.
Guru-guru penyiring terdiri daripada Pn.Zalina binti Bidin, Pn.Juliana binti Yahya dan Rabiatul Adawiyah Binti Yatim(PPM).





CERAMAH KESIHATAN

13 April 2014,Ahad. Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu telah mengadakan ceramah kepada semua murid Sekolah Kebansgaan Gong Badak. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Zainurin bin Abdullah, Penolong Pegawai Kesihatan, Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu.
Antara ceramah yang disampaikan ialah berkenaan dengan gejala denggi yang kian membimbangkan masyarakat pada masa kini. Seterusnya, ceramah tentang keracunan makanan. Murid-murid dinasihati berhati-hati dengan makanan yang dimakan setiap hari di kantin sekolah atau di mana-mana sahaja. Murid-murid perlu meneliti makanan yang dibeli supaya tidak berbau, tidak rosak dan tidak basi.
Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut dapat memberi input kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan dapat menghindari dari pelbagai penyakit.

Guru-guru turut mendengar ceramah kesihatan

Cenderamata dari Pihak Sekolah

Semua murid sedang mendengar ceramah

Ceramah dari En.Zainurin bin Abdullah, Penolong Pegawai Kesihatan








Saturday 12 April 2014

LAWATAN KE RUMAH EHSAN DAN PUSAT PENYU DAN EKOSISTEM MARIN(TUMIC)

8 April 2014,Selasa- Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Disiplin Pengawas Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Sekolah Kebansgaan Bukit Sawa, Marang telah bergabung mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan, Dungun dan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin(TUMEC). Seramai 68 orang pengawas sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa telah menyertai lawatan ini. Seramai 7 orang guru yang mengiringi murid-murid tersebut.
Pada jam 8 pagi, bas bertolak ke Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa dan tiba di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa pada jam 8.40 pagi untuk menikmati sarapan pagi.
Pada jam 9.30 pagi, bas bertolak ke Rumah Ehsan, Dungun dan tiba pada jam 10.45 pagi. Kami disambut dengan taklimat oleh pihak pengurusan Rumah Ehsan. Selesai taklimat, kami dibawa melawat penghuni rumah tersebut dan kami diraikan dengan makan pagi.
Pada jam 1.00 Tengahari, bas bertolak ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) dan tiba pada jam 2.30 petang.
Pada jam 4.00 petang, kami bertolak pulang ke Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan tiba pada jam 6.00 petang.
Antara objektifnya ialah:
a) Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membolehkan dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara.
b) Membudayakan nilai,sikap dan amanah saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan.
e) Memanfaatkan kerohanian,sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.

Diharapkan dengan program tersebut jasa dan peranan warga emas dalam membangunkan institusi kekluargaan, masyarakat dan kemajuan negara dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.



Tiba di Rumah Ehsan,Dungun

Peserta lawatan

Cenderamata dari SK Gong Badak

Barisan AJK Lawatan Sk Gong Badak dan Sk Bukit Sawa

Tiba di Pusat Penyu dan Ekosistem Marin(TUMEC)

Melawat Pusat Penyu dan Ekosistem Marin(TUMEC)