Social Icons

Saturday 28 February 2015

MAJLIS SUKAN TAHUNAN KALI 15 SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK

25 dan 26 Februari 2015, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Sukan Tahunan kali 15 peringkat sekolah di Padang SK Gong Badak. Pada 25 Februari 2015, Senaman Aerobik telahpun dikendalikan oleh En.Muhd Azwan bin Mastappa dan guru-guru pelatih dari IPG Kampus Dato Haji Razali Ismail. Seterusnya, acara yang berlangsung padaa hari tersebut ialah Acara Sukaneka, Lompat Jauh, Lontar Peluru dan sebagainya. Acara penyampaian hadiah pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ramlah Binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pada 26 Februari 2015 pula, Majlis Sukan Tahunan telah berjalan dengan pembukaan perarakan kontigen perbarisan masuk ke padang. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Adik Luqmanul Haikal dari kelas 6 Ibnu Sina. Seterusnya, upacara menaikkan bendera telah disempurnakan oleh pembawa-pembawa bendera kejohanan sukan. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En.Azahar bin Abu Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Pelbagai acara yang telah dijalankan pada hari tersebut termasuklah Acara Sukaneka Pra Sekolah, 4 X 50M bagi tahun 1-6,kategori lelaki dan perempuan, 4 X 100M tahun 4,5,6,kategori lelaki dan perempuan dan 4X 200M tahun 4,5,6, Kategori lelaki dan perempuan.
Bagi johan rumah sukan tahun ini dimenangi oleh Rumah Hijau, diikuti Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.
Sukan Tahunan bagi 2015 telah berakhir pada jam 1.30 petang dan berjalan dengan  lancar serta mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.