Social Icons

Sunday 5 April 2015

MAJLIS PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

5 April 2015, Ahad- Unit Pusat Sumber Sekolah SK Gong Badak telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah. Majlis telahpun berlangsung pada jam 7.30 pagi di tapak perhimpunan SK Gong Badak. Majlis ini juga telah disempurnakan oleh Puan Siti Arbaiyah binti Yusof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gong Badak.

Program NILAM ini membina tabiat membaca dan seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara objektif program ini diadakan ialah:
a) Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid
b) Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid dan sekolah.

Majlis juga diserikan dengan persembahan bercerita oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Sempena pelancaran ini, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang minggu tersebut.

Majlis berakhir dengan  penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menyertai pertandingan berpidato dan bercerita pada baru-baru ini.


Dipengerusi oleh Pn.Zakiah binti Jusoh

Perasmian oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusof, GPK HEM

Gimik Pelancaran

AJK NILAM SKGB

Pentadbir SKGB turut meraikan pelancaran

Persembahan murid berpidato Bahasa Melayu

Persembahan murid berpidato Bahasa Inggeris

Persembahan murid bercerita

Penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya