Social Icons

Friday 7 August 2015

MAJLIS TEMU MURNI DAN MOTIVASI TAHUN 6

6 Ogos 2015, Khamis - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Temu Murni dan Motivasi bagi murid tahun 6. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan dipengerusikan oleh Pn. Zakiah binti Jusoh. Majlis diteruskan dengan ucapan tuan guru besar, En Kamal bin Abdullah. Beliau memaklumkan pelbagai program yang akan dijalankan sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR termasuklah Pecutan Akhir Menjelang 40 Hari UPSR, Motivasi Berterusan, REHLAH dan sebagainya.
Motivasi telah disampaikan oleh Tn.Hj.Ahmad Kamal bin Abdullah, yang bertajuk "Kemenjadian Murid Tanggungjawab Bersama".
Seterusnya, penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid yang mendapat 5A, 4A 1 B, 3A dan lulus semua matapelajaran telahpun disampaikan oleh tuan guru besar.Tahniah kepada semua murid yang berjaya.
Majlis temu murni telah dijalankan selepas selesai majlis tersebut di kelas masing-masing untuk memberi peluang kepada ibubapa berjumpa dan bertanya tentang pelajaran anak-anak mereka bersama guru kelas masing-masing.
Majlis berakhir pada jam 1.00 petang.


Pendaftaran ibubapa

Murid mendaftar bersama ibubapa

Kehadiran ibubapa murid tahun 6

Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis

Ucapan oleh Guru Besar

Motivasi yang disampaikan oleh Tn.Hj.Ahmad Kamal

Sesi motivasi

Temu murni dengan guru kelas masing-masing