Social Icons

Sunday 16 August 2015

PROGRAM REHAT MINDA MURID TAHUN 6

16 Ogos 2015, Ahad - Unit Bimbingan dan Kuanseling serta jawatan kuasa UPSR telah mengadakan Program Rehat Minda bagi semua murid tahun 6 di Terengganu Equiestrian Resort(TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu, yang bertujuan merehatkan dan menenangkan minda murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Seramai 128 orang murid tahun 6 yang mengikuti program tersebut dan seramai 20 orang guru tahun 6 mengiringi murid sepanjang program tersebut.
Kami telah bertolak dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak pada jam 9.30 pagi dengan menaiki 3 buah bas.Murid-murid diberi taklimat sejurus tiba di TER oleh En.Abdul Halim. Selain itu, mereka juga diajar cara-cara membersihkan berkomunikasi dengan kuda.
Seterusnya, murid-murid diberi peluang bermain bowling yang mana murid diberi kumpulan dan bertanding sesama sendiri. Pada jam 12.30 tengah hari, murid dan guru menikmati jamuan tengah hari bersama-sama.
 Pada jam 1.30 petang, bertolak balik ke sekolah. Diharapkan hasail dari program tersebut, murid-murid tahun 6 mendapat pengalaman dan dapat menyuntik semangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.


Murid diberi taklimat oleh penyelaras UPSR

Murid menaiki bas ke TER

Murid diberi penerangan oleh En.abd Halim

Taklimat disampaikan oleh En.Abd Halim

Petugas menunjukkan cara-cara membersih kuda

Murid mengambil peluang belajar cara membersih kuda

Murid diberi peluang menunggang kuda

Jamuan tengah hari

Add caption