Social Icons

Thursday 1 December 2016

MAJLIS GRADUASI DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

16 November 2016, Rabu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Cemerlang 2016  kepada murid tahun 6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas Integrasi yang bertempat di Dewan Al Muktaffi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA).
Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Che Soh bin Muda, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak UniSZA yang menyediakan tempat yang serba indah serta menyelaras tayangan video live sepanjang majlis berlangsung.