Social Icons

Thursday 1 December 2016

JAMUAN AKHIR TAHUN PEMIMPIN MUDA 2016

21 November 2016, Isnin - Jawatankuasa Pemimpin Muda SK Gong Badak telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi semua pemimpin muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis telah diadakan di dewan sekolah dan telah disempurnakan oleh Pn Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Antara tujuan majlis ini diadakan adalah memberi penghargaan kepada semua pemimpin muda yang telah menunjukkan komitmen sepanjang menjadi pemimpin muda terutamanya tahun 6. Ianya juga bertujuan memberi semangat kepada pemimpin muda terus menjalankan amanah yang telah diberikan.