Social Icons

Tuesday 14 June 2016

PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016

12 Jun 2016, Ahad - Bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini,  Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan yang bertempat di dataran perhimpunan SK Gong Badak. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Syed Ahmad tentang kelebihan berpuasa. Pelancaran ini turut dirasmikan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak.
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi melahirkan murid dan warga SKGB yang mengimarahkan bulan Ramadhan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepada-Nya.
Antara objektif program tersebut ialah:
1. Melatih murid berpuasa dan bersabar di bulan Ramadhan
2. Membentuk peribadi murid yang baik
3. Memupuk diri setiap murid untuk menjadi generasi yang cintakan Al-Quran dan  mengamalkan sunnah baginda.
4. Memberi peluang kepada para murid mengimarahkan bulan yang mulia ini.
5. Membentuk generasi yang sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:
1. Tadarus Al-Quran murid-murid
2. Tadarus Al-Quran guru dan kakitangan sekolah
3. Kuiz Spontan
4. Kuiz terkumpul
5. Tokoh Murid mithali (Lelaki dan Perempuan)
6. Majlis Khatam Al-Quran