19 November 2013, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dikunjungi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Lawatan tersebut bertujuan meningkatkan sistem pengurusan pra sekolah SK Gong Badak. Lawatan ini diketuai oleh Penyelia PRA iaitu Encik Mohd Rosli Bin Ibrahim.
Seramai 30 orang iaitu seorang guru Pra Sekolah dan 29 orang Pembantu Pra Sekolah. Rombongan tersebut tiba pada jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Rombongan diraikan dengan sarapan pagi. Majlis diteruskan oleh Guru Besar, Penyelia Pra Sekolah, JPNT dan pengenalan oleh Guru Pra Sekolah SK Gong Badak iaitu Puan Saliza.
Seterusnya peserta rombongan telah melawat Pra Sekolah iaitu Kelas Pra Al-Farabi dan Al-Ghazali. Hasil dari rombongan ini, kedua-dua sekolah dapat bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan dapat menjalinkan perhubungan. Semoga rombongan seperti ini dapat memupuk dan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
 |
Sesi bergambar SK Gong Badak dan warga lawatan (JPNWP) |
 |
Ucapan dari Puan Guru Besar SK Gong Badak |
 |
Ucapan daripada Penyelia Pra JPNT, E. Rosli |
 |
Persembahan (presentation) daripada SK Gong Badak |
 |
Menjamu selera Nasi Dagang Terengganu |
 |
Lawatan ke Pra Sekolah SK Gong Badak
|