Social Icons

Wednesday 26 March 2014

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU SK.BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM SELANGOR KE SKGB.



Isnin 24 Mac 2014.  Seramai 60 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Gong Badak dalam usaha mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan rakan jalinan perkongsian maklumat .  Lawatan Penanda Aras ini merupakan aktiviti tahunan bagi sekolah Klustur Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi.  Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor amat berbesar hati menerima kunjungan para tetamu.  Yang Berbahagia Datin Hajjah Ramlah Binti Asmuri (AMN) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong merakamkan penghargaan terima kasih dan terharu atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan mereka walaupun dalam waktu cuti sekolah. 
 
Antara tetamu yang hadir termasuklah Encik Rashid Bin Mahmudin,  Guru Besar Taman Alam Megah,  Puan Ranizam Binti Yusoff,  Guru Besar SK. Seefild,  Penolong Kanan dari SK.Seksyen 9,  Pen. Kanan SK. Bandar Anggerik dan Pen.Kanan SK Seksyen 13 Shah Alam.
Majlis bermula pada jam 12.40 petang.   Doa pembuka majlis dikendalikan oleh Ustaz Syajidin Bin El.Adha. Puan Hamidah Binti Abdul Rashid selaku pengendali majlis mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan serangkap pantun yang berbunyi :

            Cenderawasih terbang berkawan,
Hinggap lama di ranting berduri;
Terima kasih tuan dan puan,
Sudi berkunjung ke sekolah kami.

Beliau mempersilakan Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan taklimat ringkas tentang kejayaan sekolah. Guru Besar Bukit Jelutong,  Y.Bhg Datin Hajjah Ramlah menyampaikan hasrat dan objektif rombongan.  Majlis bertukar-tukar cenderahati dan sesi bergambar menjadi menutup tirai Majlis Lawatan Penanda Aras.  Peserta rombongan dibenarkan melawat sekitar sekolah dan bilik-bilik khas.  Mereka meminta kebenaran untuk merakam gambar sekitar bilik Pendidikan Seni, Pusat Sumber, Makmal Sains termasuklah Galeri Gemilang yang menjadi kebanggaan.  Selesai bergambar sebagai kenang-kenangan tetamu bersalam-salaman mengucapkan terima kasih tanda persahabatan.  Rombongan menaiki bas meninggalkan perkarangan sekolah pada jam 3.30 petang untuk meneruskan lawatan ke Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu.  Semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.  Akhir kalam, 
 
Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.
Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis terutama Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB, Encik Md.Nasir Bin Embong Guru Penolong Kanan 1,  Puan Rosma Binti Sidek dan Encik Razlan Bin Abd.Rahman.  Sekian.... Wassalam.
Ustaz Syajidin El.Adha membaca doa pembuka majlis.
Puan Hajjah Ramlah menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas kejayaan sekolah.

Ybhg.Datin Hajjah Ramlah Binti Asmuni Guru Besar SK.Bukit Jelutong menyampaikan hasrat berkunjung ke SKGB
Sijil Penghargaan daripada Guru Besar SKBJ kepada Guru Besar SKGB
Penyampaian cenderamata daripada Guru Besar SKGB kepada Ybhg.Datin Hjh.Ramlah Guru Besar SK.Bukit Jelutong
Gambar kenang-kenangan

Dilaporkan oleh : Pn.Hamidah Abdul Rashid