Social Icons

Friday 28 March 2014

PERTANDINGAN SAHIBBA MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA TERENGGANU.



 RABU 26 FEBRUARI 2014.  Dua orang murid dari Tahun 6 Ibnu Sina iaitu Afiqah Ayuni Binti Zam Zam dan Sharifah Sofea Hani Binti Syed Shukri telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir Kuala Terengganu.  Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi selepas murid-murid mendaftarkan diri.  Peserta diberi taklimat pertandingan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Setiap kumpulan mengandungi 4 orang pelajar.  Peserta SKGB hanya layak ke peringkat separuh akhir.  Tahniah diucapkan semoga menjadi pendorong kepada murid-murid lain untuk menyertai pertandingan sebegini pada masa-masa akan datang.  Penghargaan terima kasih kepada Pengerusi Panitia Bahasa Melayu, Encik Abdul Jalil Bin Umar yang sentiasa menggalakkan pelajar menyertai pertandingan ko-akademik baik di peringkat sekolah mahupun daerah.  Tidak lupa kepada Puan Hamidah Binti Abdul Rashid yang mengiringi murid sepanjang majlis berlangsung.


 Sahibba antara permainan yang memerlukan murid menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
,KeBAT

Seorang Hakim memantau pertandingan bagi setiap kumpulan

Pertandingan tamat setelah semua huruf digunakan di atas papan petak.

Pemenang setiap kumpulan akan menyertai pusingan kedua atau separuh akhir.
Dilaporkan oleh : Pn.Hamidah Abdul Rashid