Social Icons

Friday 28 March 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 3K, PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF 2014



AHAD 9 MAC 2014.  Majlis Pelancaran Pertandingan Kelas Kondusif bagi tahun 2014 telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.  Selepas itu aktiviti gimmik perasmian antaranya ialah Dialog Bahasa Arab dan Penyampaian Pantun Sekolahku Ceria.
Pertandingan Kelas Kondusif merupakan salah satu daripada program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Program 3K bertujuan untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah.  Melalui pertandingan sebegini adalah diharapkan murid-murid akan dapat:

  •         Mewujudkan kelas dan persekitaran yang kondusif dalam kawasan sekolah.
  •         Menjalinkan semangat kerjasama antara guru dan murid dalam usaha menceriakan bilik darjah.
  •         Menghargai kebersihan dan keindahan kawasan sekolah sebagai tempat untuk menuntut ilmu.
  •          Menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai perkara asas yang perlu diutamakan.

Pertandingan Kelas Kondusif akan diadili oleh guru-guru Jawatankuasa 3K dan dibantu oleh guru bertugas mingguan mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Hadiah akan diberi mengikut  2 kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2.  Keputusan pertandingan akan diadakan pada minggu terakhir setiap bulan bermula bulan Mac. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa 3K dan semua guru yang terlibat menjayakan majlis.