20 Julai 2014,Ahad- Jawatankuasa Kebajikan dan Tabung Sayang Disayang telah menganjurkan satu aktiviti membeli pakaian hari raya kepada anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Jawatankuasa telah membawa 23 orang anak yatim dari Pra sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Seramai 6 orang guru telah mengiringi anak-anak yatim untuk membeli pakaian raya mereka di Pusat Pakaian Hari-Hari Gong Badak.
Antara objektifnya ialah:
1. Meringankan beban anak-anak yatim yang terlibat
2. Membantu anak-anak yatim merasai kemeriahan berhari raya
3. Memberi peluang kepada orang ramai melakukan aktiviti amal.
Aktiviti membeli pakaian raya berjalan dengan lancar dan terpahat kegembiraan di wajah anak-anak yatim SKGB. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.
Sunday, 20 July 2014
Saturday, 19 July 2014
MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK 2014
19 Julai 2014, Sabtu- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak bagi tahun 2014.
Majlis bermula pada jam 9.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Basir bin Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus. Majlis turut dihadiri oleh En Hamid bin Yahya, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan En. Mustaffa bin Yusof, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda dan ucapan alu-aluan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Seterusnya, ucapan dari Dr.Hashim Azmi bin Che Nuh(Pengerusi Penaja PIBG).
Pemilihan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ajk PIBG telah dipilih dan berjalan dengan lancar.
Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengahari.

![]() |
Pendaftaran ibubapa dan guru |
![]() |
Ucapan Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar SK Gong Badak |
![]() |
Pengerusi Majlis Pn.Nor Ulfah binti Muda |
![]() |
Barisan Guru dan ibubapa yang hadir |
![]() |
Ucapan Pengerusi Penaja PIBG,DR Hashim Azmi bin Che Nuh |
![]() |
Barisan Tetamu Jemputan |
![]() |
Ucapan Yang Berbahagia Dato'Haji Basir bin Haji Ismail |
![]() |
Penyampaian cenderamata |
![]() |
Perlantikan AJK PIBG yang baru |
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
17 Julai 2014,Khamis- Jawantankuasa Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Sekolah Kebangsaan Gong Badak pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Juru khatam Al-Quran memimpin majlis khatam al-quran.
Antara objektifnya ialah:
1. Memimpin kehidupan umat islam seluruhnya
2. Dapat mempelajari ilmu al-quran
3. Dapat mengetahui isi kandugan al-quran
Antara objektifnya ialah:
1. Memimpin kehidupan umat islam seluruhnya
2. Dapat mempelajari ilmu al-quran
3. Dapat mengetahui isi kandugan al-quran
![]() |
Murid tahap 2 menyertai Majlis Khatam Al-Quran |
![]() |
Murid perempuan tahap 2 |
![]() |
Juru Khatam lelaki |
![]() |
Juru Khatam perempuan |
Sunday, 13 July 2014
MAJLIS TEMU MURNI BAGI MURID TAHUN 6
13 Julai 2014,Ahad- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah bekerjasama dengan Jawatan kuasa UPSR mengadakan Majlis Temu Murni bagi murid-murid tahun 6 di dewan sekolah.
Majlis tersebut telah bermula pada jam 11.00 pagi dengan pendaftaran oleh ibubapa. Seterusnya, bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Pembentangan program-program yang telah dijalankan dan yang akan dijalankan telah disampaikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak dalam ucapan beliau.
Antara program-program yang telah dijalankan seperti:
1. Solat Hajat
2. Motivasi berterusan
3. Majlis Temu Murni
4.Kem Elit dan Halus
5. Kelas Tambahan
Antara program-program yang akan dijalankan ialah:
1. Solat Hajat Perdana
2. Persediaan Psikologi
3. Klinik UPSR
4. Program Motivasi
5. Bacaan Yasin dan Solat Dhuha
Penyampaian bantuan galakan kepada murid-murid yang mendapat keputusan 5A, 4A 1B, 3A 2B dan lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Pra Percubaan turut diberikan.
Selesai penyampaian bantuan galakan, bacaan ikrar telah dilafazkan oleh murid tahun 6 yang diketuai oleh Muhammad Akashah.
Pada jam 1.00 tengahari, semua ibubapa berjumpa dengan guru kelas untuk sesi temu murni.

Ucapan oleh Puan Guru Besar |
![]() |
Ibubapa yang turut hadir |
![]() |
Penyampaian Bantuan Galakan Pra Percubaan |
![]() |
Penyampaian Bantuan Galakkan Peperiksaan Pertengahan Tahun |
![]() |
Bacaan ikrar diketuai oleh Adik Muhammad Akashah |
![]() |
Murid tahun 6 sedang melafazkan ikrar |
![]() |
Sesi Temu Murni Kelas 6IS |
![]() |
Sesi Temu Murni Kelas 6AD |
Saturday, 12 July 2014
PELANCARAN TABUNG SAYANG DI SAYANG
13 Julai 2014,Ahad- Jawatan Kuasa Induk Unit Kebajikan&Tabung Sayang Disayang Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah melancarkan Tabung Sayang Di Sayang di Tapak Perhimpunan.
Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tabung Sayang Di Sayang telah ditubuhkan sejak tahun 2004 lagi. Hari ini masih lagi terlaksana Tabung Sayang Di Sayang. Banyak manfaat yang diperolehi daripada program ini. Tujuan penubuhan tabung ini ialah untuk membantu murid SKGB yang memerlukan bantuan. Selain daripada itu juga, menggalakkan murid-murid SKGB menderma dan menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Antara Objektif:
1. Menyediakan tabung khas untuk membantu murid yang mempunyai masalah kewangan.
2. Merancang program untuk mengutip sumbangan disamping meningkatkan keperihatan murid dan warga sekolah terhadap kabajikan.
3. Mengadakan lawatan dan memberi sumber sumbangan kepada murid yang kematian ibubapa.
4. Mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong di kalangan warga SKGB.
5. Dapat meyalurkan terus bantuan yang diterima khususnya dari pihak MAIDAM dan badan NGO kepada murid berkenaan.

Gimik Pelancaran oleh Puan Guru Besar |
![]() |
Ditandatangani oleh Puan Guru Besar |
![]() |
Penyelaras Jawatan Kuasa Induk Unit Kebajikan&Tabung Sayang Disayang |
![]() |
Sumbangan dari Puan Guru Besar |
![]() |
Lakonan dari murid tahun 3IS |
![]() |
Persembahan dari murid sempena gimik pelancaran |
![]() |
Ceramah bertajuk "Sedekah" disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali |
![]() |
Lakonan situasi di Bazar Ramadhan |
Wednesday, 9 July 2014
KEMPEN SMART SALAM
10 Julai 2014,Khamis- Panitia Agama Islam SK Gong Badak telah menganjurkan Kempen Smart Salam sempena Bulan Ramadhan ini. Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Tengku Marina binti Tengku Ismail.
Ceramah berkenaan berkaitan dengan adab-adab memberi salam,cara penyampaian dan menjawab salam dengan betul. Semua murid digalakkan banyak memberi salam kepada semua guru, kawan-kawan dan juga kakitangan SKGB terutama pada bulan ini.

Ceramah oleh Ustazah Tengku Nor Marina |
![]() |
Semua murid sedang mengikuti Kempen Smart Salam |
BENGKEL MATEMATIK (BIJAK SIFIR)
9 Julai 2014,Rabu- Sebuah syarikat yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Bengkel Matematik (Bijak Sifir) di Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan Teknik ,formula menguasai sifir kepada murid-murid.
Antara objektif ialah untuk mengatasi kelemahan subjek matematik (SIFIR). Dengan mengikuti bengkel ini murid akan dapat menguasai sifir dengan mudah dan cepat.
Bengkel tersebut bermula pada jam 10.30 - 11.30 pagi bertempat di dewan SK Gong Badak.

Fasilitator |
![]() |
Murid yang terlibat mengikuti program |
![]() |
Pelbagai teknik dan formula yang telah disampaikan |
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF 2014
Pertandingan Kelas Kondusif
diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan bilik darjah. Selain itu ia juga dapat memupuk semangat
gotong-royong dan menyemai rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk
menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah sebagai tempat menuntut ilmu.
Sehubungan itu, Jawatankuasa 3K telah mengadakan Pertandingan Kelas Kondusif
bagi mewujudkan prasarana Bilik Darjah yang selesa untuk guru dan murid SKGB. Pada hari Ahad 6 Julai yang lalu keputusan
Pertandingan Kelas Kondusif bagi Bulan Jun telah diumumkan. Keputusannya
pertandingan adalah seperti berikut:
TAHAP 1 | Tempat Pertama | Kelas 1 AD | Guru Kelas: Puan Zakiah Bt Tawang |
Tempat Kedua | Kelas 3 IR | Guru Kelas: Puan Suwaibah | |
TAHAP 2 | Tempat Pertama | Kelas 5 IR | Guru Kelas: Cik Rohana Yusoh |
Tempat Kedua | Kelas 5 AH | Guru Kelas: Puan Zakiah Jusoh |
![]() |
Kelas 1 Abu Darda' |
![]() |
Kelas 3 Ibnu Rushd |
![]() |
Kelas 5 Ibnu Rushd |
![]() |
Kelas 5 Abu Hurairah |
![]() |
Penyelaras 3K |
Saturday, 5 July 2014
PROGRAM ANAKKU SAYANG
3 Julai 2014, Khamis- Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama AJK LINUS,PEMULIHAN dan Pendidikan Khas Integrasi berganding bahu menjalankan Program Anakku Sayang bagi semua murid Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas, bertempat di Bilik Galeri,SK Gong Badak. Program ini melibatkan semua guru dan ibubapa atau penjaga murid tersebut.
Antara objektif program tersebut ialah:
1. Ke arah membina modal insan yang celik 3M
2. Memulihkan murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan 3M melalui Ceramah Keibubapaan.
3. Mewujudkan kerjasama dan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi mengatasi masalah murid pemulihan khas dan pendidikan kahs.
Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran ibubapa, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Ismail dan ucapan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Seterusnya, ceramah jemputan iaitu En.Sukni Hisham bin Umar,Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas&Sektor Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah kepada murid pemulihan khas dan pendidikan khas yang mempunyai potensi dalam pembelajaran. Seramai 13 orang murid yang menerima hadiah.
Ibubapa dan penjaga diberi peluang untuk berjumpa dan dengan guru-guru bagi sesi perbincangan tentang perkembangan anak mereka.
Program berakhir pada jam 10.30 pagi.

Pendaftaran Ibubapa atau penjaga |
![]() |
Jawatan kuasa pendaftaran |
![]() |
Dipengerusikan oleh Pn.Nor Ulfah binti Muda |
![]() |
Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar SKGB |
![]() |
Penceramah jemputan,En.Sukni Hisham bin Umar |
![]() |
Penyampaian cendermata kepada penceramah |
![]() |
Penyampian hadiah kepada murid pemulihan khas dan pendidikan khas |
![]() |
Murid pemulihan khas dan pendidikan khas |
![]() |
Sesi perbincangan antara guru dan ibubapa |
Subscribe to:
Posts (Atom)