Social Icons

Saturday 5 July 2014

KEMPEN MENUTUP AURAT

3 Julai 2014,Khamis- Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjur kempen menutup aurat bagi semua murid perempuan  tahap 2 di Surau SK Gong Badak.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Suwaibah binti Muda. Ianya bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Antara objektif kempen tersebut ialah:
1. Menegaskan kepada murid-murid bahawa menutup aurat satu kewajipan kepada semua umat islam.
2. Memupuk minat murid supaya mencintai apa yang difardukan oleh Allah SWT dan tidak memperlekehkan tuntutan islam.

Kempen tersebut telah berjalan dengan lancar dan diharapkan kempen seperti ini dapat memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid-murid tentang aurat dan segala gejala sosial yang dihadapi kini akan dapat dibendung.

Ceramah disampaikan oleh Ustazah Suwaibah binti Muda

Murid tahap 2

Kempen Menutup Aurat