Social Icons

Monday 10 November 2014

TAKLIMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG KEMUNTING

10 November 2014, Isnin - Pada jam 11.00 pagi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting iaitu Encik Ashari bin Khatib Hasan telah memberi taklimat mengenai kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting kepada 133 orang murid tahun 6. Beliau menerangkan tentang peraturan dan disiplin di sekolah tersebut dan menunjukkan gambar bilik-bilik yang terdapat di sekolahnya.
Beliau berharap semua murid tahun 6 bersedia untuk mengikuti pelajaran di sekolah tersebut dan mengucapkan selamat datang bagi sesi 2015.
Taklimat tersebut berakhir pada jam 12.45 tengahari.

Taklimat Kemasukan ke SMK Padang Kemunting

Semua murid tahun 6

Taklimat oleh En.Ashari bin Khatib Hasan