Social Icons

Monday 10 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN SK GONG BADAK 2014

10 November 2014, Isnin- Kelab Keluarga Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Jamuan Akhir kepada semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang bertempat di Dewan Gamelan 3, Primula Beach Resort,Kuala Terengganu.
Majlis bermula pada jam 3.00 petang  dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Ali. Acara seterusnya jamuan makan dan cabutan bertuah. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Dato Hj Hashim Azmi bin Che Noh dan juga semua AJK PIBG.
Seterusnya, diadakan ucapan oleh guru besar dan ucapan daripada guru-guru yang akan bertukar ke sekolah yang baru.
Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.


Ucapan oleh YDP PIBG

Ucapan Guru Besar

Ucapan Guru Bertukar

Jamuan VIP

Guru-guru menikmati jamuan

Pengerusi Kelab Keluarga