5 Mac 2015, Khamis - Pihak Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah mengadakan Kem Pidato bersama murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Kem tersebut bermula jam 10.30 pagi yang bertempat di Dewan Sekolah.
Pelbagai teknik dan kemahiran berpidato telah diberikan kepada pelajar. Justeru itu, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan dikendalikan oleh seorang fasilitator dari UNISZA bagi setiap kumpulan.
Semua murid diberi peluang untuk berlatih berpidato di hadapan dewan dan dibimbing oleh fasilitator masing-masing.
Kem tersebut berakhir pada jam 1.30 petang.
 |
Taklimat oleh Penyelaras Bahasa Melayu |
 |
Taklimat oleh wakil fasilitator dari UNISZA |
 |
Murid dilatih berpidato |
 |
Dibimbing oleh Fasilitator |
 |
Setiap murid diberi peluang untuk menunjukkan bakat |
 |
Murid bersama fasilitator |
 |
Penutupan kem Pidato |