Social Icons

Saturday 28 March 2015

TEKNIK MENJAWAB UPSR 2015

14-15 Mac 2015 - Sabtu dan Ahad , Jawatankuasa UPSR telah menganjurkan Teknik Menjawab UPSR yang telah bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin kampus Gong Badak.  Peserta yang terlibat murid tahun 6 seramai 131 orang.

Teknik tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan  iaitu Kumpulan ELIT dan Kumpulan HALUS.  Jawatankuasa UPSR telah menjemput penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam Teknik Menjawab UPSR.

Antara objektif program tersebut ialah:

1. Pelajar lebih berkemahiran dalam menjawab soalan UPSR.
2. Pelajar lebih bersedia dan yakin untuk menghadapi peperiksaan.
3. Cuti persekolahan lebih bermanfaat.

Program ini berjalan dengan lancar dan semua murid tahun 6 memberi sepenuh perhatian sepanjang program tersebut.