Social Icons

Saturday 28 March 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ)

22 Mac 2015 - Panitia Pendidikan Agama Islam, SK Gong Badak telah menganjurkan Program Majlis Tadarus Al-Quran yang bermula pada hari Khamis, 12 Mac 2015, bagi murid tahap 2.

Antara objektif program tersebut ialah:

1. Menguji tahap kualiti bacaan dan hafazan Al-Quran para peserta.
2. Menanamkan semangat cinta kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup.
3. Mengambil iktibar daripada cerita kisah-kisah Al-Quran yang disampaikan.
4. Memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan murid dan guru.
5. Memilih peserta di peringkat sekolah dan seterusnya wakil ke peringkat PKG.