Social Icons

Saturday 5 March 2016

PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH 2016


23 Februari 2016, Selasa- Pada jam 2.00 petang, semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh penyelaras program iaitu En Suradi bin Abd Ghani. Seterusnya, Majlis telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pada jam 2.30 petang, perarakan dimulakan dengan unit beruniform Pengakap, dikuti dengan Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.
Pada jam 2.45 petang, pasukan perarakan tiba di Surau Al Amin dan sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan surau. Seterusnya, perarakan diteruskan pada jam 3.30 petang ke rumah ibu tunggal yang tinggal berhampiran dari situ.