Social Icons

Monday 4 April 2016

LADAP: CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

4 April 2016, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan LADAP yang bertajuk ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang bertempat di Bilik Galeri Gemilang SK Gong Badak. LADAP telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shukri bin Ismail, Ketua SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, bersama En Shahrizal bin Shaarani, SISC+ Bahasa Inggeris.
Program tersebut bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Banyak maklumat dan ilmu pengetahuan telah diberikan oleh penceramah dan diharapkan ianya boleh dimanfaatkan dalam merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21.