Social Icons

Friday 22 April 2016

KUIZ BAHASA ARAB

21 April 2016, Khamis- Kumpulan penyelidik dari Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah memilih sekumpulan murid SK Gong Badak untuk melaksanakan Kajian Keberkesanan Aplikasi Bahasa Arab yang telah mereka bangunkan.
Murid tahun 5 Ibnu Rushd telah dijadikan sampel "ujilari" laman web berkenaan. Semua murid yang terlibat begitu teruja mengikuti kuiz atas talian tersebut. Menurut Ustaz Yusof, Ketua Pasukan Penyelidik yang membangunkan lawan web ini, sesiapa sahaja boleh menduduki kuiz atas talian ini secara percuma. Ianya sesuai bagi semua tahap penguasaan Bahasa Arab.
Sesi kuiz bersama murid tadi turut dibantu oleh Ustaz Fauzi dan Ustazah Sharizan, Pensyarah Bahasa Arabh UniSZA. Laman yang diberi nama EZArabic itu cukup mesra pengguna dan boleh dicapai melalui www.ezarabic.net.
Semoga ianya dapat memberi manfaat yang sangat berguna kepada semua murid yang terlibat. Disarankan agar semua murid atau sesiapa sahaja turut menggunakan aplikasi ini untuk meningkatkan penguasaan lagi Bahasa Arab.