Social Icons

Wednesday 27 April 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

25 April 2016,Isnin - Jawatankuasa Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) yang bermula dari jam 7.30 pagi. Ianya telah disertai oleh guru-guru pengiring, ibubapa dan murid-murid PKI.
Sepanjang aktiviti di YOKUK, peserta telah diberi taklimat oleh kakitangan YOKUK dan diberi peluang melawat di sekitar YOKUK.
Pada jam 3.00petang, murid-murid PKI telah dibawa ke Rantau Panjang bagi melatih mereka kemahiran membeli belah.
Antara objektif lawatan tersebut ialah:
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang kehidupan penghuni YOKUK.
2. Memberi peluang kepada murid untuk beramah mesra di samping mewujudkan budaya hidup bermasyarakat.
3. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.
4. Menanamkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi dan menghargai segala yang dimiliki melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
5. Melahirkan murid yang baik dan pemurah.
Lawatan berjalan dengan lancar dan diharapkan semua murid PKI mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru sepanjang lawatan tersebut.