Social Icons

Friday 14 October 2016

ANUGERAH JALINAN SKK-UA

11 Oktober 2016- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah muncul pemenang dalam Kategori Akademik atas kecemerlangan dalam peningkatan program akademik dan kegiatan ko akademik serta program-program kluster dalam meningkatkan pencapaian akademik SK Gong Badak.
Penyelaras SKK En Khamrul Azwan bin Mohd Nawi telah dinobatkan antara 7 finalis anugerah tokoh jalinan. Anugerah ini lebih bermakna kepada SK Gong Badak satu-satunya sekolah rendah dalam Malaysia yang muncul sebagai pemenang dalam anugerah jalinan SKK-UA yang telah diadakan di UPM, Serdang.
Terima kasih dan tahniah kepada semua warga SKGB dalam menjayakan semua program sekolah yang dirancangkan demi memastikan kecemerlangan SKGB. Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang.