Social Icons

Tuesday 25 October 2016

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK GONG BADAK 2016

25 Oktober 2016, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Gong Badak yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En Ramly bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Dearah Kuala Nerus mewakili Tuan PPD Kuala Nerus.
Majlis bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk sukaneka dan acara balapan. Semua rumah sukan menunjukkan semangat berpasukan dan bersungguh-sungguh dalam memungut mata rumah masing-masing. Kehadiran Para ibu bapa yang datang memberi sokongan amat membanggakan.
"Majulah Sukan Untuk Negara"