Social Icons

Saturday 1 October 2016

EKSPEDISI BERBASIKAL MURID TAHUN 6

28 September 2016, Rabu - Jawatan kuasa UPSR telah mengadakan Ekspedisi Berbasikal dari SK Gong Badak ke SK Pecah Rotan. Seramai 60 orang murid tahun 6 telah menyertai ekspedisi ini  dan telah diiringi oleh 16 orang guru.
Ekspedisi ini telah bermula pada jam 8.00 pagi. Pejalanan ke SK Pecah Rotan mengambil masa selama 1 jam. Antara aktiviti di SK Pecah Rotan, mengunjungi kebun rambutan dan menikmati buah rambutan yang masih segar dari pokok. Antara tujuan program ini ialah dapat membentuk kecerdasan fizikal dan memberi pengalaman di kebun buah-buahan.