Social Icons

Sunday 30 June 2013

MESYUARAT PIBG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 13 SK GONG BADAK

Sabtu, 29 Jun 2013 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 telah diadakan di Dewan Sekolah.  Seramai lebih kurang 170 orang ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat yang dirasmikan oleh Y.M. Datuk Raja Arif Bin Raja Ali, Ketua Pengarah Biro Tatanegara.

Ibu bapa dan tetamu jemputan datang seawal jam 830 pagi.  Majlis bermula dengan bacaan doa yang disampaikan  oleh Y.M. Ustaz Syed Imran Faisal Bin Syed Ahmad.  Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.  Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, Dr.Hashim Azmi Bin Hj. Che Noh.  Ketua Biro Tatanegara, Y.M Datuk Raja Arif Bin Raja Ali telah merasmikan majlis yang diserikan dengan acara persembahan oleh murid-murid PKI dan persembahan oleh Persatuan Nasyid sekolah.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung ucapan terima kasih kepada AJK PIBG SK Gong Badak kali ke 13 dan semua kakitangan SK Gong Badak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Tidak lupa kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan dan sumbangan usul-usul dan idea ke arah memantapkan lagi pencapaian dan kecemerlangan SKGN.  Wassalam.