Social Icons

Thursday 13 June 2013

PROGRAM PERJUMPAAN DAN TEMU MURNI IBU BAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 6

Khamis, 13 Jun 2013 - Pihak sekolah telah mengadakan Program Temu Murni bersama ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 6.  Seramai lebih kurang 100 orang ibu bapa hadir ke majlis yang diadakan di Dewan SK Gong Badak.

Objektif program:
* Mempertingkatkan kecaknaan ibu bapa/penjaga terhadap pelajaran anak-anak.
* Merangsang dan memberi motivasi terhadap pencapaian akademik dan sahsiah murid.
* Mempertingkatkan pencapaian murid dalam bilangan 5A, lulus semua mata pelajaran dan GPS sekolah.
* Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa / penjaga murid dan guru-guru SKGB dalam usaha membantu meningkatkan prestasi  murid.

Majlis yang  bermula pada jam 10.30pagi itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Dr.Hj.Hashim Azmi bin Hj.Che Noh.  Selepas menyampaikan ucaptama YDP telah menyampaikan hadiah kecemerlangan UPBS1 dan UPBS 2 kepada 17 orang murid yang memperolehi pencapaian 5A.  Murid-murid yang memperolehi  keputusan 4A,3A dan lulus semua matapelajaran juga turut menerima hadiah insentif.

Sebelum ibu bapa bergerak ke kelas masing-masing, murid-murid calon UPSR 2013 telah melafazkan AKU JANJI di hadapan guru dan ibu bapa masing-masing.  Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir menjayakan program.  Tidak lupa kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru Jawatankuasa program yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya.