Social Icons

Tuesday 9 July 2013

KEM KEPIMPINAN SAHSIAH PELAJAR KOLEJ SISWA IPT PANTAI TIMUR (KESAKSIS)

Ahad, 7 Julai 2013 - Seramai 15 orang pelajar UMT telah bersama-sama murid SK Gong Badak bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan sekolah.  Seramai lebih kurang 100 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 telah mengikuti program tersebut. 

Antara objektif program KESAKSIS ialah untuk merapatkan hubungan dan kerjasama antara pelajar UMT dengan murid-murid dan warga sekolah.  Selain itu juga, program ini bertujuan meningkatkan sahsiah dan disiplin pelajar.  Murid-murid juga diberi suntikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan  melanjutkan pelajaran ke IPT apabila dewasa nanti.  Murid-murid amat gembira dapat berinteraksi dengan pelajar siswa dan siswi IPT yang sangat ceria mengendalikan program.  Antara slot program ialah sesi ceramah dan LDK.  Sebelum berakhir, murid-murid diberi cenderahati dan bergambar bersama fasilitator.  Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program.  Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, jika ada umur yang panjang, di lain masa berjumpa lagi.