Social Icons

Sunday 28 July 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Ahad, 21 Julai 2013 - Murid-murid tahun 6 telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR.  Sebahagian besar murid-murid tahun 6 ditempatkan di Dewan Sekolah manakala selebihnya di kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Rushd.

Murid-murid telah berkumpul di Surau Sekolah untuk program bacaan Yassin, seterusnya Guru Penolong Kanan 1 (En Mohd Nasir Bin Embong) telah menyampaikan nasihat dan pesanan sebelum murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan.  Selepas doa dibaca dan amanat disampaikan oleh guru-guru tahun 6, mereka beratur memasuki dewan dalam keadaan tertib sebagaimana peperiksaan UPSR sebenar nanti.  Tujuan peperiksaan dan persediaan ini dijalankan adalah untuk:-

1. Memberi pengalaman dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
2. Memberi peneguhan terhadap setiap mata pelajaran UPSR.
3. Menguji tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran.
4. Menyediakan murid baik dari segi mental mahupun fizikal menghadapi peperiksaan.
5. Memberi pengalaman kepada semua calon UPSR mengawal emosi atau stress peperiksaan.

Guru-guru Jawatankuasa UPSR dan semua warga SKGB mengucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang, semoga kejayaan akan mengiringi semua murid calon UPSR 2013.