Social Icons

Sunday 28 July 2013

PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI PPD - EN HALIDAN BIN AWANG

Rabu, 24 Julai 2013 - Pada jam 930 pagi semua guru SKGB telah diarahkan berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada seorang pegawai PPD Kuala Terengganu, En Halidan Bin Awang.  Beliau telah datang untuk membuat pemantauan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang.  Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk:-

1. Membendung gejala ponteng di kalangan murid.
2. Murid merasai diri dihargai.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
4. Meningkatkan kecaknaan guru terhadap murid.

Beliau telah peringatkan bahawa Amalan Guru Penyayang perlu dilaksanakan oleh semua guru kerana ianya disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Antara yang disarankan termasuklah:-

1. Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah.
2. Menghantar murid pulang ke pintu pagar selepas waktu persekolahan.
3. Memberi penghargaan kepada murid, contohnya meraikan hari jadi murid, kejayaan dalam peperiksaan dan lain-lain.
4. Bertanya khabar dan berbincang permasalah murid.
5. Program Mentor -Mentee.

Beliau berharap program ini dapat dilaksanakan dan membuat laporan bertulis sepanjang program ini dilaksanakan.  Beliau juga menyatakan kerajaan memberi amanah kepada semua guru untuk menghargai dan menyayangi setiap murid kita.  Tanpa guru siapalah yang akan memegang amanah itu.