Social Icons

Sunday 19 January 2014

PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE 2014

19 Januari 2014, Ahad. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satu pelancaran Program Mentor-mentee bagi tahun 2014.

Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Program ini melibatkan semua guru serta murid Pra, Tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan juga Pemulihan Khas. Unit Bimbingan dan kaunseling telah menyediakan sebuah fail kepada setiap mentor yang mengandungi modul untuk digunakan pada setiap kali perjumpaan.

Program ini merupakan salah satu pendekatan guru penyayang. Ianya akan diadakan pada setiap bulan iaitu sebanyak 10 kali. Jangka masa perjumpaan adalah antara 40-50 minit dan akan diadakan di dalam kelas masing-masing.

Antara objektif program ini ialah:

            1. Mewujudkan semangat kekeluargaan
            2. Mengamalkan budaya penyayang
            3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah.

Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera di kalangan murid.