Social Icons

Wednesday 15 January 2014

Majlis Penutup Transisi Tahun 1, 2014

Khamis, 16 Jan 2014 - Majlis penutup Program Transisi Tahun 1 telah diadakan di Dewan SKGB bermula jam 10.30 pagi.  Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKGB, Pn. Hjh Ramlah Binti Mohamad Noor.

Program Transisi Tahun 1 telah dijalankan bermula 1 Januari hingga 16 Januari 2014.
 Antara objektif program termasuklah:

           1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru dan
               kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

            2. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan
                gembira tanpa banyak masalah.

            3. Membantu semua murid yang datang dari latar belakang, pengalaman, sosial
                ekonomi yang berbeza, memulakan proses pembelajaran tahun 1.

Majlis berjalan lancar dengan kerjasama Guru Jawatankuasa Program Transisi di bantu oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Pn. Nor Ulfah binti Muda, juga selaku Pengendali Majlis.  Sekalung pengharghaan terima kasih kepada Ustaz Syamsudin Bin Mustaffa yang memimpin bacaan doa. Juga kepada barisan pentadbir iaitu Puan Guru Besar, GPK 1 En.Md Nasir Bin Embong, GPK HEM Pn. Siti Arbaiyah Binti Yusof, GPK KO Pn Radina Bt Yunus serta semua guru Tahun 1 dan JK Transisi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam  menjayakan majlis.

Program diakhiri dengan acara Sambutan Hari Lahir dan penyampaian hadiah .  Semoga program sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan. Insya Allah.