Social Icons

Wednesday 1 January 2014

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SESI 2014

1 JANUARI 2014 ( RABU ).  Pada jam 8.30 pagi ibu bapa murid-murid tahun satu berkumpul di Dewan Sekolah setelah menghantar anak-anak mereka ke kelas masing-masing.  lebih kurang 100 orang ibu bapa dan penjaga hadir. Program Transisi Tahun Satu merupakan program yang dirancang khas dengan pelbagai aktiviti seperti Taklimat Ibu Bapa, Pertandingan Tulisan mekanis,  Pertandingan Mewarna,  Sukaneka,  Lawatan dan sebagainya bagi menyediakan diri murid Tahun Satu dengan alam persekolahan sebenar.  Mereka akan mengikuti program ini selama lebih kurang 3 minggu. Sekalung penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa Program Transisi terutama kepada Guru Penasihat iaitu Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor yang dapat menyampaikan taklimat dengan begitu cemerlang menggunakan perisian Power Point.  En.Md Nasir Bin Embong selaku Pengerusi,  manakala Setiausahanya ialah Puan Hajjah Zakiah Binti Tawang.  Tak lupa kepada Ustaz Syed Imran Faisal bin Syed Ahmad selaku pemimpin bacaan doa dan Puan Nor Uflah binti Muda sebagai mengendali majlis.