Social Icons

Tuesday 3 May 2016

PELANCARAN TABUNG SAYANG DISAYANG PERINGKAT SEKOLAH

28 April 2016, Khamis - Ahli Jawatankuasa telah melancarkan Tabung Sayang Disayang Peringkat Sekolah bagi tahun 2016. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Gong Badak. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi yang bertempat di Dataran  Madani SK Gong Badak.
Antara objektif majlis tersebut ialah:
1. Memupuk sikap suka menderma di kalangan murid
2. Meringankan beban murid yang kurang bernasib baik
3. Menanam sikap keprihatinan di kalangan warga SKGB
Semoga dengan pelancaran ini dapat membantu golongan yang memerlukan agar dapat meneruskan kehidupan seharian.