Social Icons

Tuesday 3 May 2016

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK SERI CHEDING

2 Mei 2016,Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menerima kunjungan dari Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, Banting, Selangor bagi tujuan penanda aras.
Rombongan dari SK Seri Cheding telah disambut oleh para pentadbir dengan sesi bergambar.
Seterusnya, rombongan telah dibawa ke bilik galeri untuk sesi tayangan montaj dan ucapan guru besar SK Gong Badak dan SK Seri Cheding.
Mereka turut dibawa menonton demonstrasi memanah oleh para atlet SKGB.  Selain itu, mereka juga melawat tempat-tempat yang bermaklumat seperti Makmal Bahasa, Bilik Alatan Memanah, Perpustakaan, Pendidikan Khas Integrasi dan sebagainya.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea dan maklumat serta meningkatkan prestasi sekolah sama ada SK Gong Badak mahupun SK Seri Cheding.