Social Icons

Saturday 14 May 2016

PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

6-7 Mei 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Pertandingan Pidato dan Bercerita Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia anjuran Sekolah Kebangsaan KLIA
Antara pertandingan yang telah disertai ialah Bercerita Tahap 2, Bercerita Tahap 1 dan Pidato Tahap 2. Peserta diiringi oleh 4 orang guru sepanjang pertandingan berlangsung.
Pertandingan ini telah disertai oleh 26 buah sekolah di seluruh Malaysia termasuk dari Negeri Sabah. Alhamdullialh peserta dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Auni Batrisya telah mendapat tempat keenam terbaik bagi kategori bercerita tahap 2.
Terima kasih diucapkan kepada warga Sekolah Kebangsaan KLIA yang telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada Sekolah Kebansgaan Gong Badak, kepada peserta yang telah menyertai pertandingan ini diucapkan tahniah dan syabas.