Social Icons

Sunday 22 September 2013

MINGGU PUSAT SUMBER DAN PROGRAM NILAM SKGB 2013

07 Julai 2013 - Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Program Nilam SKGB 2013 bertemakan "MEMBACA WADAH ILMIAH" yang dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Masliza Binti Mamat dan Guru Nilam, Puan Norria Binti Abdul Rashid serta AJK program.  Majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Nasir Bin Embong di Dataran Perhimpunan SKGB.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian daripada GPK Kurikulum serta diserikan dengan gimik pelancaran iaitu acara mengetuk ketulan ais dan memotong banting.

Minggu PSS ini bermula pada 7 Julai dan berakhir pada 11 Julai 2013.  Antara pertandingan yang diadakan sepanjang minggu tersebut adalah seperti kuiz, bercerita, pantun teka teki, menulis dialog kartun dan bacaan NILAM.  Semua aktiviti dijalankan di dataran perhimpunan, dewan sekolah dan juga di dalam kelas.  Semua murid Tahun 1 hingga 6 termasuk murid-murid PKI menyertai aktiviti tersebut.

Antara objektif program adalah:

1. Menambah pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah.
2. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan.
3. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
4. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

Kemuncak Minggu PSS & Program NILAM ini iaitu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang menyertai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.  Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Siti Arbaiyah Binti Yusof.  Terima Kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang majlis berlangsung.

Perasmian  Oleh GPK 1 - En. Md Nasir bin Embong

 
Adik Milia Natasha bt. Mustafa sedang menyampaikan cerita.

Menjawab pantun teka-teki`



Murid sedang menjawab kuiz.



Pn. Zakiah sedang mengendalikan pertandingan kuiz.

Membaca beramai-ramai.

Acara Penyampaian Hadiah Oleh GPK HEM.