24 SEPTEMBER 2013, SELASA – Satu program telah berjalan
di dewan sekolah iaitu Program Ceramah Motivasi Bahasa Inggeris kepada
murid-murid tahun 5 dan 6. Program ini telah dihadiri oleh Pusat Bahasa Puncak Jaya
dan ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Norsyamimi Farhana binti Mat Kamir.
Program ini berjalan dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pelbagai teknik telah diajar oleh pihak tersebut. Tujuan program itu diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 5 dan 6 tentang penggunaan Bahasa Inggeris dan sebutan dengan betul.
Pihak Pusat Bahasa Puncak Jaya telah menawarkan dua orang murid SKGB untuk mengikuti Program Bahasa Inggeris selama 6 bulan secara percuma. Diharapkan program ini dapat membuka peluang kepada murid-murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan teknik yang betul.

SESI SOAL JAWAB
Penceramah daripada Pusat Bahasa Puncak Jaya
SESI SOAL JAWAB
SESI MENJAWAB SOALAN KUIZ
Hadiah bagi pemenang |