Social Icons

Monday 9 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU

Ahad, 8 September 2013 - Majis Restu Ilmu bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SKGB.  Majlis dipengerusikan oleh Puan Zakiah Jusoh.  Antara aurcara program ialah ucapan wakil murid tahun 6 yang disampaikan oleh adik Qistina binti Rosni, dari kelas 6 Ibnu Sina manakala bacaan Ikrar yang diketuai oleh adik Wan Mohd Aqil bin Wan Jefri dari kelas 6 Ibnu Sina.  Seterusnya ucapan guru-guru kelas tahun 6 iaitu:

6 Ibnu Sina : Cik Rohana Binti Yusoh
6 Ibnu Rushd : Puan Rohani Binti Hasam
6 Abu Hurairah : Puan Azriana Binti Adam
6 Abu Dardha : Puan Wan Supinah Binti Wan Ismail

Guru kelas memberikan pesanan dan semangat untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 10, 11 dan 12 September 2013.  Puan Guru Besar SKGB turut memberi peransang kepada murid-murid tahun 6 SKGB.  SKGB turut dilawati oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili pihak jabatan iaitu En Shamsuddin.  Beliau menyampaikan maklumat tentang pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.  Justeru itu, beliau menasihati murid-murid lain supaya menjaga disiplin sepanjang peperiksaan UPSR berjalan.

Perutusan Menteri Besar dibaca oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Siti Arbaiyah.  Majlis berakhir dengan majlis bersalam-salaman dan meminta restu dengan guru-guru diiringi oleh bacaan selawat.

Objektif majlis ini ialah:

1. Usaha terakhir memberi suntikan semangat kepada murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
2. Memohon pertolongan kepada Allah agar anak-anak didik mendapat kejayaan yang cemerlang.
Agar mendapat keberkatan dan restu daripada Allah, ibubapa dan guru-guru.

Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi.