Social Icons

Wednesday 21 January 2015

CERAMAH KESIHATAN PENJAGAAN DIRI MURID TAHUN 1

21 Januari 2015, Rabu - Unit bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Transisi Tahun 1 telah mengadakan Program Transisi yang mana menjemput Dr Noor Azimah binti Abd Aziz, Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.
Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari yang bertempat di dewan sekolah. Semua murid tahun 1 telah mengikuti program tersebut dan banyak maklumat tentang penjagaan diri telah pun disampaikan.
Selain itu juga, pameran tentang kesihatan turut dipamerkan di belakang dewan sekolah dan semua murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak berpeluang mengunjungi pameran tersebut.
Program berjalan dengan lancar dan semua murid tahun 1 berani untuk berkomunikasi dan bertanyakan soalan.

Semua murid tahun 1

Ceramah kesihatan oleh Dr.Noor Azimah binti Abd Aziz

Murid-murid sedang mendengar ceramah

Pameran yang telah disediakan oleh pihak Pej.Kesihatan Daerah K.Terengganu

Penghargaan dari pihak sekolah