Social Icons

Friday 2 January 2015

HARI PENDAFTARAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK

1 Januari 2015, Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Hari Pendaftaran bagi semua murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak dari Pra Sekolah, Tahun 1 hingga 6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi(PKI). Pendaftaran ini bermula pada jam 8.30 pagi yang mana bagi Pra Sekolah,Tahun 1 dan PKI bertempat di kelas masing-masing manakala Tahun 2 hingga 6 bertempat di Kantin Sekolah. Pendaftaran ini telahpun dikendalikan  oleh guru kelas masing-masing. Pendaftaran ini berjalan dengan lancar dan hampir 80% ibubapa yang hadir untuk mendaftar anak-anak mereka.
Pendaftaran berakhir pada jam 12.30 tengahari.



Pendaftaran Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

Pendaftaran Murid Tahun 1


Pendaftaran Pra Sekolah

Ibubapa membeli buku tulis di kedai sekolah

Pendaftaran Murid Tahun 4

Pendaftaran Murid Tahun 3
Ibubapa mengisi borang maklumat dan sarana ibubapa