Social Icons

Sunday 11 January 2015

MAJLIS PROGRAM TRANSISI BERSAMA IBUBAPA MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2015

11 Januari 2015, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan perjumpaan ibubapa murid tahun 1 sempena Program Transisi Tahun 1 yang akan dijalankan selama 2 minggu. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi. Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis Pn.Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Seterusnya, ucapan dan taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tujuan Program Transisi ini dijalankan ialah:
1. Murid dapat menyesuaikan diri untuk memasuki Tahun 1
2. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan rakan baru dalam masa yang singkat.
3. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif,emosi,kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P&P
4. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.


Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis

Ucapan oleh Puan Guru Besar

Ibubapa yang hadir

Ibubapa sedang mendengar taklimat dan ucapan Puan Guru Besar